Monday, January 5, 2009

Bersama Briged Amal, selepas aktiviti 'physical' quotient
Posted by Picasa

Wednesday, December 31, 2008






S.P.I.E.S REMAJA DAN BELIA ISLAM

Program ini diadakan pada :
Hari : Sabtu – Ahad, 27-28 Disember 2008
Tempat : Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, batu 7, Seksyen 30, Shah Alam
Perasmi : Y.B. Dr Ahmad Yunus b Hairi, ADUN Sijangkang, yang juga sebagai Ketua Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor dan juga sebagai Timbalan Pengerusi Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Darul Ehsan

Penganjur : Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Darul Ehsan
Konsultan : R.E.Z Training Consultant sdn bhd ( rez.training@gmail.com )

YB Dr Ahmad Yunus b Hairi dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa Objektif utama program SPIES ialah “Untuk melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat yang akan menjadi aset kepada negeri dan bukan liabiliti. Kelompok insan kamil yang produktif, efektif, kreatif dan berwawasan akan melahirkan Selangor sebagai Hub Ilmuan yang maju, selamat, aman makmur dan berdayasaing.”
Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa untuk melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik memerlukan pembangunan bersepadu terhadap lima unsur kecerdasan utama iaitu spiritual,’physical’, intelektual, emosional dan sosial.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor telah merangka dan memperkenalkan pelan strategik pembangunan modal insan Negeri Selangor.
Pelan strategik ini mengemukakan teras pembangunan modal insan Selangor menggunakan elemen Spritual, Physical, Intelektual, Emosional dan Sosial. Elemen-elemen ini dikenali dengan akronim S.P.I.E.S

Golongan Remaja dan Belia merupakan salah satu aset utama dan penting Kerajaan Negeri Selangor. Golongan ini mempunyai pelbagai potensi kekuatan diri yang boleh dijana untuk membangunkan kecemerlangan diri mereka sendiri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Ustaz Arifin Aziz, perunding REZ Training, menjelaskan bahawa R.E.Z Training adalah salah satu daripada beberapa konsultan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor untuk menjalankan Program S.P.I.E.S. Beliau menerangkan bahawa program kali ini adalah program ketiga di bawah kendalian REZ Training.

Yang pertama SPIES Mahasiswa Islam pada 22-23 November 08 dan SPIES SISWA 1K pada 29-30 November 08 kedua-duanya diadakan di Nur Bukit Unggul Sepang. Peserta yang telah mengikuti program SPIES di bawah kendalian REZ Training ditawarkan menjadi Fasilitator untuk Program SPIES akan datang. Semua peserta juga ditawarkan menjadi ahli Briged Amal Selangor, sebuah wadah untuk ”mengamalkan” dan mengaplikasikan ilmu-ilmu SPIES.

Selaras dengan kehendak YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan, yang memperkenalkan 5M tambahan kepada 3M, selain Membaca, Menulis dan Mengira, beliau menambah Memikir dan Mengamalkan.

Antara penceramah yang membentangkan ceramahnya ialah
1. Y. Bhg Prof Madya Dr. Supyan Hussin, Felo Penyelidik Kanan Institut Alam dan Tamdun Melayu [ATMA] Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
2. Y. Bhg En Mahadi Mohd, Presiden Penggiat Industri Nasyid Malaysia [PIN]
3. Y. Bhg Tn Hj Suhaimi Mahmood, Pengurus Kanan SIRIM Berhad
4. Y. Bhg En. Shamsul Hamraaz, Presiden Persatuan Kaunselor Negeri Johor

Aktiviti
Antara aktiviti sepanjang 2H1M ialah
Ceramah ;
- Spiritual Quotient
- Physical Quotient
- Intellectual Quotient
- Emotional Quotient
- Social Quotient
- Keseimbangan SPIES Quotient


Aplikasi
- Spiritual Quotient [ Qiyamullail, solat berjemaah, doa harian ]
- Physical Quotient [ outdoor game, teambuilding, SPIES game ]
- Intellectual Quotient [ Perbahasan, LDK ( perbincangan dan pembentangan) ]
- Emotional Quotient [ Muhasabah, recall ]
- Social Quotient [ Kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan ]
- Keseimbangan SPIES Quotient


Komen peserta SPIES BELIA ISLAM, Kem Bumi Jati, 27-28 disember 2008
Dipetik daripada Borang Kajiselidik selepas program

“Dapat pengalaman baru, Kenalan baru, dan mempelajari perkara baru”, azrul hanafi b amran, SMK Jalan Kebun [ SMKJK ].


“saya mendapat lebih banyak nilai murni dan saya rasa saya boleh mengubah kelakuan saya menjadi lebih baik”, Muhammad shah fathin b Isna,SMK Kota Kemuning.


“kelebihan pogram ini ialah menjaga solat dan juga disiplin. Program ini lebih baik daripada program-program yang pernah saya sertai”, nor farhani bt yahya, SMK Jalan Kebun [SMKJK].


“memberi pelbagai perkongsian imu yang boleh membantu para peserta melalui liku kehidupan”, Muhammad Nur Fadhullah b Ab Rahman, MSU (Management & Science University), Shah Alam.


“membentuk peserta agar mempunyai kecerdasan yang holistik", Mohd Haikal b Mohd Ibrahim, UIA, Gombak.


“program yang dijalanan amat efektif, membawa kesan dan mendatangkan impak yang besar dalam mengenali diri sendiri dan mengenali cinta Allah swt. Program ini juga memberi motivasi kepada saya untuk berubah menjai hamba Allah yang lebih baik”, mohammad zahir b mohd sabri, MSU, Shah Alam.


“Mendidik jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah swt”, wan nor awanies wan mohd din, MSU, Shah Alam.


“berbeza dengan program lain, dapat menambah keberanian dan cara komunikasi yang cemerlang”, wan putrid suhaila bt kamal, SAM Tanjung Karang.


“dapat input berbeza dari program-program yang saya sertai sebelum ini dan pendekatan penyampaian yang berbeza, menarik dan praktikal”, maryam bt shamsudin, sekolah menengah ibnu khaldun, shaha alam.


“membangunkan / meningkatkan keyakinan diri, memahami diri sebagai khalifah Allah”, sharifah syaeirah syed safian, MSU Shah Alam.


“menyedarkan kita untuk menjadi manusia yang berguna”, nur farah dina bt mohamad, Sekolah Menengah Hisyamudin S. Bertik.


“banyak isi penting dan kesedaran mengenai usaha Kerajaan Selangor membentuk modal insan bermula dari dalam (hati/semangat)”, Nurul Izatie bt Muhammad adam dan Siti Nur Izzati bt Ajis keduanya daripada SM Ibnu Khaldun


“melibatkan pelbagai umur dan aktiviti social yang sihat”, rahah bt muhammed muliani,

Disediakan oleh arifin aziz,
R.E.Z Training Consultant sdn bhd, No.10-2, jalan opera C, U2/C, Seksyen U2, TTDI JAYA Shah Alam.
Shah alam, 28 dis 08, 11.39 pm